Sunday, November 25, 2012

pengakhiran .......

Harini 25 November 2012 , jam 5.30 pagi .

Aku masih tak tidur lagi , masih segar mata aku memikir semuanya . Ya Allah betapa kecewa nya hati aku . Tak pernah aku sangka semua akan jadi macam . Aku sangka kau yang terakhir hadir dan terangi hidup aku . Tapi ....... Semuanya hancur macam sekelip mata . 

Pada awalnya aku mengaku salah aku , tak bagi tahu kau tentang perkara tu . Sejujurnya niat aku baik , aku tak nak susahkan hati kau yang tengah kerja . Ya mungkin orang paham , tapi aku taknak kau susah hati fikir pasal aku and rushing back tu , macam macam pulak boleh jadi dekat kau . Sebab tu aku taknak bagi tahu masa kau kerja , tapi perancangan aku , aku nak bagi tahu lepas kau balik kerja . Atleast kau tak susah hati and tak bawak motor dengan laju untuk rushing tengok aku . Bukan saja aku rahsia kan semua dari kau dan rasa kau tak penting , tidak mungkin macam tu , kau orang yang paling penting dalam hidup aku . Dan sejujurnya , apa yang aku kena , aku tak ada lansung nak text sesiapa bagi tahu . Sebab aku tahu , orang pertama yang patut tahu tu adalah engkau . Ye tapi aku bodoh . Tu je aku boleh cakap .

Keduanya , aku tahu juga aku salah sebab aku keluarkan perkataan "break" , dimana lansung aku tak maksudkan nya . Tak mungkin orang yang paling paham aku , orang yang paling aku sayang and aku jaga , aku mintak tinggalkan aku . Semua tu tak mungkin jadi . Tapi kita sama-sama berfikir . Memang betul aku salah , tak bagi tahu kau , tapi time tu aku harap kau paham aku masih dalam keadaan trauma dan takut . Dan kau terus menerus menambahkan semua tu . Ya Allah tuhan saja tahu apa perasaan aku masa tu , aku lakukan apa yang aku fikirkan baik , tapi buruk jadi nya . Ya Allah , time tu aku dah fikir kenapa lah aku tak melawan penyamun supaya senang die kelar terus leher aku , dan aku mati kat situ . Jadi tak payahlah aku perlu bergaduh dengan kau time tu . Aku sendiri yang sakit bila bergaduh dengan kau . Aku pun taknak bergaduh dengan kau . Aku tersiksa bila aku gaduh dengan kau . Maafkan aku atas semua silap aku . Mungkin betul aku banyak kekurangan dan tak mampu puaskan hati kau . 


Ketiganya , kalau betul aku nak break dengan kau , tak perlukan kali ke 3 ke , ke seratus ke , masa kali pertama aku cakap perkataan tu , aku dah boleh tinggalkan kau . Tapi aku tak pernah nak tinggalkan kau sebab aku terlampau sayangkan kau .  Takpelah , mungkin ye salah aku . segala apa yang kita gaduh selama ni semua salah aku . Aku mintak maaf . Aku tahu banyak kekurangan .


Keempatnya , Kenapa semua perlu jadi begini ? Semuanya kita yang tentukan . Kita yag kawal semua . Sebelum ni , masa kau buat kat aku , aku boleh je bagi ruang kat hati aku walaupun time tu dah takde ruang lagi . Aku cuba sebab aku nak tahankan hubungan kita . Aku nak kau jaga aku . Tapi kenapa bila aku , kau terus macam ni . Kenapa tak boleh bagi aku ruang macam mana aku bagi dekat kau . Kenapa selama kau dengan aku , kau jahat ke ? Kalau kau nak berubah jadi baik pun , kau boleh berubah dengan aku sekali kan ? Tak susah kan . 


Terima kasih untuk semua nya . Aku sayang kau sangat sangat . Tapi kau nak jugak aku pergi . Aku tak pernah sayang orang sampai macam ni . Aku tak pernah nak buat kat orang macam mana aku buat untuk kau . Betapa kau istimewa nya dalam hidup aku . Kalau boleh aku nak kau bagi aku peluang untuk betulkan semua ni , tapi kau taknak bagi aku peluang macam mana aku pernah bagi kau peluang . Kau terus tutup pintu hati kau . Sampai nye hati kau . Mana aku nak buang rasa sayang tu ? Bukan senang rasa sayang aku kat seseorang tu . aku nak buang . Mana aku nak campak rasa rindu aku kat semua layanan mesra kau ? Aku dah cuba kuatkan hati , tapi aku tak mampu .

Wednesday, November 21, 2012

Maafkan saya yang tak sempurna .

Kalau you baca ni , I mintak you paham , I sayang you sangat sangat , I taknak hilang you dalam hidup I . Apa yang berlaku sekarang ni , I paham salah I sebab sebut pasal break lagi , tapi sejujurnya , I tak maksudkan semua tu . I harap you paham bila I tengah marah , I tak dapat kawal apa yang keluar dari mulut I . I cakap tanpa berfikir . I mintak maaf sangat sangat . I tak maksudkan apa yang I cakap . I tahu I bodoh sebab cakap benda tu , tapi tolong maafkan I , I janji I takkan buat you kecewa dengan I lagi .
Sejak you tak pedulikan I hidup jadi celaru , kacau bilau jadi hidup I , I perlukan you untuk bagi semangat dalam semua benda . I tak mampu nak tempuh hari hari ni lagi . I tak mampu nak hadapi yang you tak pedulikan I . Tolonglah kembali pada I , kita jalinkan satu hubungan yang baru , I janji I akan ubah sikap marah I , dan sikap bodoh I . I betul betul menyesal . I mintak maaf sangat sangat . Tolong jangan terus dengan semua ni . I dah tak larat nak lalui benda ni semua . I perlukan you Irwan . I taknak kita putus di tengah jalan . Infact you orang first yang babah tahu orang yang special dalam hidup I . I tak main main dengan you , yes I serius dalam hubungan ni . I tahu you pun serius . I tahu selama ni you banyak terluka dengan I , I mintak maaf . I tahu I banyak sangat salah dengan you . I mintak maaf . Tapi Irwan please fikir tentang masa yang kita dah habis kan bersama selama ni , gelak ketawa kita semua ni , senda gurau . I rindu nak denga you panggil I baby :'( I rindu nak dengan you gelak bila beebual dengan I . I rindu nak belai rambut you . I rindu nak main tepuk tepuk dengan you . I rindu semua tentang kita . Please bagi I satu lagi peluang and I akan baiki semua ni . Kita sama sama explore hati you unuk jadi macam dulu . I tak pandang semua harta benda you , I sayang you sebab I tahu you je mampu buat I sedih and buat I gembira balik . You je .

#You , I give all my strength , and all my heart for you . I need you . Without you i empty . please . take me into your heart . Teach me how to win your heart . Only you can do it .

#Then , lets take a journey of yourself we learn from below . Okay ? Trust me . Without your trust , I cant do it .

Sexy I rindu you sangat sangat . Hidup I susah you takde , I asyik menangis bila you ignore kan I , you tak layan I , You tak nak jumpa I . I asyik menangis bila malam , sebab teringat kan you , selalu malam you selalu teman I sampai kita ngantuk baru you hanta I balik , I asyik nangis bila I bangun pagi teringat dekat you , tgk phone takde text dari you . tgk gamba gamba kita semua . teringat semua kenangan kita semua . I rindu semua tu sexy . I need you sexy . please .

Wednesday, November 14, 2012

Happy One Year and Three Month

13 November 2012

Tarikh dimana genapnya hubungan kita Setahun tiga bulan . Yes aku tahu sepanjang perhubungan kita ni , macam macam masalah kita dah lalui . Kau pernah mengalami saat paling mengecewakan sebab aku , and aku pun pernah mengalami saat yang mengecewakan sebab kau . Aku harap semua tu dah fair . Bagi aku apa yang terjadi ni semua bukan sebab aku nak balas , tapi ianya jadi mungkin ada kelemahan antara kita sendiri . Tapi kau tak pernah nak paham dengan semua tu kan ? Kau asyik rasa kau buat semua betul , aku semua salah sebab apa , sebab aku tak matang lagi kata kau ? Ye ? Takpe , aku terima . Kau nak tahu sebab sebenar kau jadi macam ni ? Sebab die bukan nye kerana salah antara kita , cuma ada yang bercakap dengan kau apa yang kau kena buat . Sedangkan kau tahu apa yang dicakapkan itu bukan diri kau sebenar kan ? Kembalilah kepada diri kau yang sebenar , aku akan kembali seperti dulu dan InsyaAllah kita akan bahagia seperti dulu .

13 November 2012

Sepatutnya tarikh ni , buatkan kita lagi happy bersama , tapi ni tak makin renggang keadaan hubungan kita . Sepatutnya kau paham kenapa aku saja taknak kau hantar aku balik malam isnin tu , aku nak sambut 13 November tu dengan kau . Yes dengan kau . Tapi kau tak pernah paham kan ? Okay , maybe semua masalah renggangan hubungan kita ni , kata kau semua salah aku sebab minta benda tu , okay aku mengaku aku mintak , okay fikir lagi sekali m macam mana benda tu boleh terkeluar dari mulut aku ? Macam yang dah kau kenal aku , bila aku marah , yes , benda yang aku tak terniat akan terkeluar dari mulut aku . Yes aku paham tu salah aku , kita sama sama fikir salah yang masing masing dah buat . Okay boleh ? Kita sama sama baiki semua kelemahan kita untuk buatkan semuanya jadi normal . Hmm . seronoknya kau terus ignore kan kewujudan aku . dan sedihnya aku rasa terbuang . Terima Kasih . Aku harapkan satu hari ni , kau bagi bahagia dekat aku tanpa menitiskan setitik pun air mata aku . Tapi kau dah tak peduli semua tu . Yes aku dapat rasakan sesuatu yang kau buat belakang aku . Mungkin sekarang aku tak tahu , mungkin suatu hari nanti aku akan tahu . Simpan selagi boleh . Yes mungkin aku salah , jika aku salah maafkan semua kesalahan aku . Aku manusia yang mempunyai perasaan was-was , dan sangkaan . Jika aku salah , butikan kepada aku salah dan tunjukan kebenaran nye .

13 November 2012

Tiada apa lagi yang istimewa dengan tarikh tu bagi kau , apa lagi yang aku harapkan , sedangkan kau tak pernah nak ingat pun tarikh tu . Ye aku sedih , teramat sedih , dengan perubahan diri kau yang sangat mendadak . Dan ye sekarang terbuktilah , aku dan semuua ni tak penting right ? "is that more important for you ?" and you are straightly not replying my message , and I don't wether you close you phone or you phone running out of batt , and I consider run out of battery . Oh Ya Allah , just see a photo , I wonder what are you doing right now . If you just know how sad am I , you rather pick them than me . And Oh Ya Allah , the girl is there . :'( Help me give the strength to through all this .




#The day you came into my life and give a thousand and one hope happiness , and I start to accept you in my life day by day , but after you're been in my life , you're starting to change and be the person that I don't even know . Why ? Give me back the real old one IRWAN . Happy One year and Three Month Mohamad Irwan b. Roslan . Thanks for be with me thru the hard and easy , happy and sad moment . Thanks for everything . I know I'm not that perfect just like you hope . I'm sorry .

#Give me back the sweet wishes . What I mean at night - I dah sampai rumah baby, Good night baby , take care baby , love you so much baby . Sometime morning - Morning baby , Morning sunshine . Where are all that go ? Give me back please .

Sunday, November 4, 2012

Selamat petang everybadehhhhhh .

Semalam dapat IM dengan kau , lepas sekian lamaya kita tak IM , rindu saat semua tu wehh , then siap kau tukar gambar birthday kau yang kena tepung tu , bertambah terharu aku wehh . Then suddenly kau hanta mesej cakap 'ayah tutup modem' . Okay kita On call . Fine lama tak on call dengan kau , dulu selalu sangat on call buat super saver semua kan walaupun hari-harijumpa , cuma sekarang kau dah makin payah nak buat benda tu , even semalam baru on call tak sampai 10 minit tu pun dah buat aku happy sampai nak menangis . Then tibe-tibe kau tengking cakap tak payah lah nak nangis . Kau ingat aku nangis sebab benda lain . Sedangkan aku nangis sebab aku terharu dengan semua tu , aku menangis gembira . Lepas tu kau terus hang up . Aku call kau banyak kali nak jelaskan semua kau tak nak jugak angkat . Aku hanta mesej cakap aku nak jeleskan tetap kau taknak angkat . Akhir sekali aku terpaksa jugak mesej cakap dekat kau , aku menangis sebab terhharu bukan sebab benda lain . Lepas tu aku call kau baru kau nak angkat , tapi kau masih nak meninggi suara kat aku sampai aku semput nak mati malam tu , kau tetap dengan ego kau nak tinggi tengking dekat aku . Kenapa ? Kenapa kau jadi ego macam ni . Mana pergi Irwan dulu yang tiada ego tu ? Kenapa keras sangat hati kau dengan aku sekarang ? Apa besar sangat salah yang aku buat sampai kau nak keraskan hati kau macam tu kat aku . Kenapa tak keraskan hati kau macam tu kat kawan kau yang banyak mempergunakan kau tu ? Kenapa dengan aku je kau nak jadi macam ni ? Kenapa ?

Irwan , kenapa you berubah sampai macam ni ? Apa yang buatkan you berubah sampai macam ni ? Sampai bila you nak keraskan hati and kepala you dengan I ? Tolonglah berhenti seksa hati I macam ni :'( Just be Irwan yang I sayang dulu . Please I merayu pada you . :'(

Sorry for everything :'|

hello fellas , lamanya kita tinggal blog ni , bersarang habuk habis macam rumah tinggal dah blog  ni jadinya . Actually banyak yang nak kongsi , but hati terlalu sedih sampai tak terkongsi semua nya . Sedih dengan kehidupan sekarang . Kenapa entah dah macam dulu . Boleh happy happy . Jarang gaduh gaduh . Ada tempat mengadu . Ada bahu nak menangis . Ada masa nak diluangkan . Ada segala galanya . But now sekelip mata semua tu berubah .

Hati sedih sampai tak terkata dah tiada tempat nak luahkan . Nak bukak blog luahkan kat blog pun dah rasa tak bermaya . Yang mampu mengeluarkan air mata malam malam sebelum tido "tsk tsk tsk" Harap kan Si penyeri hidup kala malam manangis . Haih . Semakin susah dengan semua nya sekarang . kenapa jadi sesusah macam ni . Padahal kita boleh buat benda tu easy , tapi semua jadi susah .

Pernah tak orang tanya kenapa aku berubah , kenapa menangis sampai bengkak mata , kenapa sampai masuk hospital , kenapa jadi sedown sekarang ? Tak pernah ada yang nak tanya , tapi semua sibuk mebidas aku , menyalah kan aku untuk semua benda . Kenapa ? Apa besar sangat slah aku sampai semua nak membidas aku , nak menyalahkan aku , nak mengatakan aku punca ?

Punca oranng susah , Punca benti kerja , Punca jadi lifeless , Punca jadi tu , Punca jadi ni . Kenapa tamatkan je riwayat hidup ni , so aku takkan jadi punca untuk sesiapa . Tak pernah ke fikir macam perasaan aku bila semua orang asyik sibuk menunding jari ke arah aku mengatakan aku punca . Sakitnya hanya Allah je tahu .

Yes memang aku kecewa dengan sikap kau dulu yang dah sangat sangat memecahkan hati aku . kau curang belankang aku , mesej , skype , jumpa lagi apa lagi belakang aku . Sumpah sakit nak rasa semua tu , nak hilang kan semua tu , dan masih kau nak salah kan aku and cakap aku punca untuk semua tu yang terjadi . Sampai sekarang masih terasa pedih nye . :'/ Tapi aku diamkan saja , aku taknak kau cakap aku ungkit semua . aku cuba sedaya upaya untuk hilangkan semua perasaan sakit tu , sebab apa ? Sebab aku sayang orang yang pulihkan aku dulu masa aku down sangat sangat , Aku sayang orang yang datang dan bagi aku kebahagian Aku sayang hubungan yang aku berserah suatu ketika dulu , Aku sayang hubungan yang aku dan kau pertahankan dari dulu sampai sekarang . Aku bukan jenis orang yang suka menjalinkan hubungan sementara . Aku pandang kedepan . dan harap hubungan yang aku jalinkan ni kekal . InsyaAllah .

Kenapa lepas kejadian tu , kau jadi sangat sangat keras hati keras kepala . Ye aku sedar aku banyak kesalahan , banyak kekurangan . Tapi jangan hukum hati aku sampai macam tu . Hati aku tak bersalah , yang salah hanyalah tingkah laku aku . Bagi aku masa , InsyaAllah akan aku cuba untuk ubah tingkah laku . Aku cuba bukan aku tak cuba . Cukuplah apa yang terjadi , aku dah tak sanggup nak hadapi lagi . Cukup cukup lah buat perangai kita . Sama sama kita ubah .

Umm . tadi aku dengar kawan kawan kau bercerita couple 5 tahun then putus , then semua sokong siap bagi nasihat and cara nak mintak putus . You know what I think that time . Will you do the same . Will they taught you the same way . Are getting bored with me ? Come on girls not a toy man . Suddenly rasa takut you will do the same to me . Takut sangat benda tu jadi kat aku . Aku bukan couple untuk sementara .

You know what , aku terasa sangat , dulu masa baru baru freshie freshie gitu masih boleh comment or like every single thing that akuuodate , but now , takde lagi , but orang lain punye boleh je . Ada beza ke semua tu ? Masa tak mengubah kita , cuma kita yang berubah mengikut masa , tapi perlu ke kita berubah kesemua nya ? kemana pergi orang yang sweet yang aku kenal dulu , orang yang tak pernah nak merungut untuk semuanya .  Mungkin adakalanya aku yang terlebih . Maafkan lah aku . Aku juga tidak sempurna . Aku cuma seorang insan biasa yang terlampau inginkan perhatian daripada orang yang aku telah sayang yang tak pernah aku dapat dari zaman aku kecil dulu . Itu sahaja . Maafkan aku jika itu semua menyusahkan sesiapa dan terlebih untuk meminta .

Aku rindukan gelak ketawa kau , gelagat sengal kau , kesweetan kau , keluangan masa kau untuk aku , mesej "morning baby, morning jantung hati" and others , ucapan "night sweetheart, night mylove" and others .. RINDUKAN SEMUA ITU .

Maafkan aku jika aku terlampau menyakitkan hati kau , Maafkan aku kerana aku tak sedar semua itu , Maafkan aku kerana mencurigai kau . Maafkan aku menumpang kasih kau . Maafkan aku meminta perhatian dan kasih sayang . Maafkan aku jika aku menyakitkan hatimu dengan penulisan ku di blog . Maafkan aku . Aku hanya meluahkan apa yang dirasai . Bukan lah untuk mengukit tetapi hanya untuk meluahkan rasa sedih yang teramat sangat yang ada dalam hati ni , kerana tiada lagi tempat untuk aku luahkan lagi . Dan seperti yang telah kau kenali aku dulu , aku susah untuk meluahkan dengan percakapan mulut . Kerana sesungguhnya bila aku jumpe dengan kau lidah aku jadi kelu . dan tak sanggup untuk berkata apa apa . Takut tersalah cakap dan melukakan hati kau . Bukanlah niat untuk bergaduh hanya meluah kan .

Tak sanggup lagi nak bergaduh , bermasam muka , mengacuh satu sama lain . Seikhlasnya aku rindu kan kau . Rindu untuk share everything dengan kau . Rindu untuk do everything dengan kau sebab tu jugak lah aku sentiasa ada dengan kau walaupun terkadang aku tak sehat aku diamkan saja hanya untuk do and share everything with you . Cuma bila dah tak tertahan badan ni nak menanggung barulah aku minta diri seperti yang berlaku baru ni . Maafkan aku .

Sesungguhnya Aku terlampau sayangkan hubungan ini . Terlampau sayang akan diri kau . Aku takut kehilangan orang yang mampu buat pintu hati aku terbuka kembali  , orang yang mampu buat aku sayang padanya dalam waktu yang singkat , orang yang terangkan balik cahaya hidup , orang yang memberi semangat untuk semua keadaan . Aku takut . :|

Maaf terlampau banyak celoteh untuk entry come back ni :')