Thursday, July 19, 2012
Biar hati menangis sebab hanya kita yang melihat dan merasa , dan biarkan ku terus terseyum dan ketawa mesra kerana ramai yang akan menilai . Biar disimpan semua dan ditelan semua yang pahit kerana tidak ada yang akan mengerti , akan ku luahkan semua yang manis kerana ramai yang ketawa gmbira dengannya . Biarkan aku merasai kepedihan sendiri kerana aku hanya ingin berkongsi kegembiraan bersama yang lain . Biarkan aku redha dengan semuanya untuk ku pastikan semua orang ketawa gembira dengan apa yang berlaku . Biarlah ku simpan sendiri dan tidak perlulah ku kongsi walau dengan sesiapa . Biar hati ini menjadi peneman sepi ,dan pendengar setia untuk ku uahkan semua . Dan biarkan lah aku meratapi sendiri kerana ku tak ingin kau bersedih . Biarlah aku dipersalahkan kerana aku sudah tak berdaya untuk berbalah . Akan ku pastikan kau bahagia walaupun diriku terluka .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment