Thursday, August 14, 2014

Assalamualaikum :)

Eh ni saya nak cakap family saya bukan bodoh ye , bukan tak tahu pasal phone lansung . Pergi kerja tak bawak phone ? Phone tutup ? Oh yelah tak bawak phone , phone tutup tapi tapi whatsapp online sendiri . Hebat nye . nHahaha . jangan buat kelakar .Takpe lah . Kota tunggu tuntutan fasakh aku je okay ? :) Biar lah menangis pun daripada tak wujud aku better be like this :)

Thursday, August 7, 2014

Assalamualaikum dan selamat hari raya ke 9 :)

Sesi meluahkan perasaan bermula selepas butang :

Bismillahirahmanirahim .

Ya Allah kenapa begitu banyak cobaan yang kau beri pada ku yang engkau sendiri tahu aku tak mampu melalui nya . Terlampau banyak dugaan yang menggegar jiwa sanubari seorang perempuan.

Pertama sekali jika dia kawan kau dia seharusnya tahu menghormati privasi hidup kau . Dan tak akan masuk campur walau sebesar zarah . Kau marah orang bercakap tentang kau tetapi kau sibuk mencampuri segala hal kami . kami tak perlu kan pengikut setia kemana saja kami pergi apa saja yang nak buat . Kau harus berfikir yang kawan sudah mempunyai isteri dan anak dan mereka memerlukan hidup mereka sendiri tanpa kau ada didalam .Tolong paham masalah kami adalah kau . Sibuk kemana saja kami nak bergerak . Ya kau kawan dan kawan harus ada sifat faham akan privasi seorang kawan bukan semua benda kau nak tahu . dan sekarang ini yang membuka aib itu engkau engkau sibuk bercerita tentang kisah kawan kau kepada semua orang dan bila orang bercerita pasal kau pandai pulak melenting suruh jaga hal sendiri yang awak tu jaga hal orang tak salah pulak orang tak boleh melenting dekat awak ? awak ingat awak gangster besar mana pun aku takkan pernah takut . Kau mati tanah tu jugak kau masuk . jadi sila faham .

Dan engkau ego terlampau tinggi . Kau rasa sanggup ke seorang isteri nak lihat suami sendiri dipukul dan dihina ? Mungkin kau sanggup memukul isteri kau dan membiarkan orang menghina isteri kau tapi tidak pada aku . aku tak sanggup melihat kau dipukul kerana engkau adalah suami dan bapak kepada anak aku . tergamak ke aku ? Sendiri fikir . jangan berfikir kerana kau lelaki dan umur kau lebih tua dari aku tu aku tak matang dan semua keputusan aku tu tak betul dan hanya kau betul ., Jika benar kau nak berumah tangga jadi seorang lelaki suami kawan musuh dan bapak kepada sang isteri . bukan dengan membiarkan masalah itu berlalu begitu sahaja . Sejujurnya aku dah lelah dengan semua ini , sehinggakan terdetik di hati tu aku sangat menyesal mengenali engkau , menyesal yang teramat sangat sehinggakan hidup menjadi berantakkan . Manusia mana yang ingin bergaduh sepanjang masa tapi kekadang tu beergaduh itu yang dapat menyelesaikan masalah bergaduh itu yang dpat mengeratkan . Tapi bagi kau bergaduh itu sesuatu benda yang sangat negatif dan mengikut perasaan kau sehinggakan mengabaikan tanggungjawab yang sepatutnya kau pikul . Dan setiap kali pergaduhan hanya aku yang harus mengalah dengan semua nya sedangkan aku sedang berjuang untuk hak aku dan anak aku dan akhirnya aku yang tewas dengan semua nya . Hanya Tuhanyang tahu segala yang tersimpan dihati ini . Hanya Tuhan yang tahu sebanyak mana air mata yang mengalir hanya untuk sang isteri mendapatkan haknya .

Thursday, June 19, 2014

LOCK IN THE TOILET

Assalamualaikum & salam sejahtera . Maaflah kerana terlampau lama menyepi tanpa sebarang post . Hampir setahun juga tidak ada sebarang update dek kerana sesuatu yang sehingga ke hari ini luka itu masih berdarah . Ya Allah bantu lah hamba mu ini untuk menghilangkan segalanya .

Ya Allah lama nya tinggal untuk menulis ni rasa kekok pulak bila dah lama tak menaip macam ni . Sebab tak tahu dari mana nak mulakan cerita ni . duhhhh !! Okay lah first of all I want to let you know that now I'm married . Muahahah . Yess Imma a wife nowwwwwwwwwwww . haha . Please be happy for me and don't forget to pray for my happiness :))

Okay now lets back to the title . Lock in the toilet . I know mesti semua tertanya tanya kan kan ? Ape benda yang lock in the toilet kan ? But for who yang memang mengikuti cerita dari blog ni akan perfectly faham apa maksud I sebenarnya . Yes . It happened again but different place with the different person .

Hmm . terus terang memang sayu hati ni tiba tiba teringat benda ni balik . Ya Allah . Kerana die adalah orang yang pernah aku sayang teramat sangat suatu masa dulu . Tapi jodoh tak menyebelahi kami . Masa terkunci kat dalam toilet tu Tuhan je tahu macam mana perasaan aku . Dah lah terkunci dengan sejuk nya tiba tiba kenangan dulu tu datang kembali datang menampar muka ni "dangggggggggg" terduduk kejap aku dekat dalam toilet tu . Adakala tu memang aku rindu dan menyesal kerana melepaskan orang yang amat aku sayang dulu . Dek kerana ego sikit pun rayuan nya tidak ku peduli . Ya Allah kejamnya aku dulu . Maafkan aku untuk semua yang berlaku :')

Ya Allah aku mohon kepada mu , untuk peliharalah hubungan halal ku ini bersama dia . Murah kan rezeki kami . Yang paling penting panjangkan lah jodoh kami . Sesungguhnya dia lah insan yang teramat aku sayang sekarang . Minta dipermudahkan lah segalanya . Mohamad Irwan Bin Roslan . Terima kasih untuk kesabaran selam ini . Terima kasih untuk segalanya . You lah madu you jugalah racun untuk I . You lah Imam I sekarang . I sayang you sangat .

Mungkin kadang tu kenangan lama tu bergolek tapi faham lah you lah hidup I sekarang tiada yang lain selain you didunia ini untuk I .

Monday, August 5, 2013

Aku tak tahu dimana kau letakkan hati kau . Aku tak tahu macam mana sampai nya hati kau sekarang layan aku seperti aku ini boneka yang tiada perasaan. Apakah aku ini dimata mu ? Mengapa begitu teruk layanan mu terhadapku ? Apa yang kau harapkan ? Kematianku yang kau tunggu ? Barulah puas hatimu ? Jika kematianku yang kau tunggu usah menunggu lama . Akan ku pergi jua . Berhenti lah menyiksa perasaan aku ini . Aku tidak sekuat yang kau bayangkan . Aku serapuh dahan yang usat yang menunggu masa untuk patah . Terlampau banyak dugaan yang ku terima sehingga tak yer tanggung dek jasad ini . Aku lemah . 

Tuesday, July 9, 2013

Maaf lahh selama ini terlampau banyak menyusahkan . Terlampau banyak membuang masa . Terlampau banyak  membebankan . Terlampau banyak meminta tolong . Terlampau banyak menghabiskan . Terlampau banyak menjauhkan . Dan semua nya aku minta maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut . Aku harap kau halalkan semua . Terima kasih pernah membahagiakan diri ini . Terima kasih pernah memberi tawa di wajah ini . Terima kasih pernah sayang akan diri ini . Terima kasih pernah menjaga diri ini . Terina kasih pernah belai jiwa ini . Terima kasih untuk perasaan sayang ini . Aku dah cuba yang terbaik tapi mungkin kau perlukan yang lebih baik dari aku . Semoga kau berjumpa dengan yang kau idamkan . Aku undur diri untuk kebahagian diri kau biarlah aku berduka biarlah aku terluka . Kerana ini yang tertulis untuk aku . 

Hadiah ramadhan .

Mungkin sekarang aku bukan siapa siapa lagi untuk kau . Kau kelihatan gembira hidup tanpa aku . Kau mampu hidup tanpa aku . Terima kasih kerana hadir dan berikan semua ini dalam hidup aku . Kau berikan aku janji yang sementara . Terima kasih gembirakan aku dan kemudian dengan mudah kau pergi . Ye terima kasih atas segala pengorbanan yang kau lakukan ini . Mungkin apa pengorbanan aku tiada yang nampak kerana hanya yang buruk dihampar kan kepada mereka tentang aku . Dan mereka tidak tahu apa yang jadi dan aku alami . Mungkin dah tiada lagi semua ini . Aku sangat sangat terluka ketika ini . Terima kasih berikan aku hadiah yang sangat bermakna untuk ramadhan ini . Semoga hidup kau sentiasa tenang dan gembira walaupun aku berada jauh dari aku . Semoga kau bahagia bersama insan yang kau puja . Maaf kerana aku tak dapat menunaikan janji janji aku . Maaf aku bukan insan sempurna . Maaf aku bukan lagi insan yang mampu membuat kau gembira seperta apa yang katakan dulu . 

Hadiah ramadhan .

Mungkin sekarang aku bukan siapa siapa lagi untuk kau . Kau kelihatan gembira hidup tanpa aku . Kau mampu hidup tanpa aku . Terima kasih kerana hadir dan berikan semua ini dalam hidup aku . Kau berikan aku janji yang sementara . Terima kasih gembirakan aku dan kemudian dengan mudah kau pergi . Ye terima kasih atas segala pengorbanan yang kau lakukan ini . Mungkin apa pengorbanan aku tiada yang nampak kerana hanya yang buruk dihampar kan kepada mereka tentang aku . Dan mereka tidak tahu apa yang jadi dan aku alami . Mungkin dah tiada lagi semua ini . Aku sangat sangat terluka ketika ini . Terima kasih berikan aku hadiah yang sangat bermakna untuk ramadhan ini . Semoga hidup kau sentiasa tenang dan gembira walaupun aku berada jauh dari aku . Semoga kau bahagia bersama insan yang kau puja . Maaf kerana aku tak dapat menunaikan janji janji aku . Maaf aku bukan insan sempurna . Maaf aku bukan lagi insan yang mampu membuat kau gembira seperta apa yang katakan dulu .