Thursday, August 7, 2014

Assalamualaikum dan selamat hari raya ke 9 :)

Sesi meluahkan perasaan bermula selepas butang :

Bismillahirahmanirahim .

Ya Allah kenapa begitu banyak cobaan yang kau beri pada ku yang engkau sendiri tahu aku tak mampu melalui nya . Terlampau banyak dugaan yang menggegar jiwa sanubari seorang perempuan.

Pertama sekali jika dia kawan kau dia seharusnya tahu menghormati privasi hidup kau . Dan tak akan masuk campur walau sebesar zarah . Kau marah orang bercakap tentang kau tetapi kau sibuk mencampuri segala hal kami . kami tak perlu kan pengikut setia kemana saja kami pergi apa saja yang nak buat . Kau harus berfikir yang kawan sudah mempunyai isteri dan anak dan mereka memerlukan hidup mereka sendiri tanpa kau ada didalam .Tolong paham masalah kami adalah kau . Sibuk kemana saja kami nak bergerak . Ya kau kawan dan kawan harus ada sifat faham akan privasi seorang kawan bukan semua benda kau nak tahu . dan sekarang ini yang membuka aib itu engkau engkau sibuk bercerita tentang kisah kawan kau kepada semua orang dan bila orang bercerita pasal kau pandai pulak melenting suruh jaga hal sendiri yang awak tu jaga hal orang tak salah pulak orang tak boleh melenting dekat awak ? awak ingat awak gangster besar mana pun aku takkan pernah takut . Kau mati tanah tu jugak kau masuk . jadi sila faham .

Dan engkau ego terlampau tinggi . Kau rasa sanggup ke seorang isteri nak lihat suami sendiri dipukul dan dihina ? Mungkin kau sanggup memukul isteri kau dan membiarkan orang menghina isteri kau tapi tidak pada aku . aku tak sanggup melihat kau dipukul kerana engkau adalah suami dan bapak kepada anak aku . tergamak ke aku ? Sendiri fikir . jangan berfikir kerana kau lelaki dan umur kau lebih tua dari aku tu aku tak matang dan semua keputusan aku tu tak betul dan hanya kau betul ., Jika benar kau nak berumah tangga jadi seorang lelaki suami kawan musuh dan bapak kepada sang isteri . bukan dengan membiarkan masalah itu berlalu begitu sahaja . Sejujurnya aku dah lelah dengan semua ini , sehinggakan terdetik di hati tu aku sangat menyesal mengenali engkau , menyesal yang teramat sangat sehinggakan hidup menjadi berantakkan . Manusia mana yang ingin bergaduh sepanjang masa tapi kekadang tu beergaduh itu yang dapat menyelesaikan masalah bergaduh itu yang dpat mengeratkan . Tapi bagi kau bergaduh itu sesuatu benda yang sangat negatif dan mengikut perasaan kau sehinggakan mengabaikan tanggungjawab yang sepatutnya kau pikul . Dan setiap kali pergaduhan hanya aku yang harus mengalah dengan semua nya sedangkan aku sedang berjuang untuk hak aku dan anak aku dan akhirnya aku yang tewas dengan semua nya . Hanya Tuhanyang tahu segala yang tersimpan dihati ini . Hanya Tuhan yang tahu sebanyak mana air mata yang mengalir hanya untuk sang isteri mendapatkan haknya .

No comments:

Post a Comment