Friday, February 22, 2013

Nukilan Hati

Mungkin hari ini ku dapat lihat gelak tawa dan semua telatah kau , siapa tahu tiada lagi aku disitu untuk lihat semua itu lagi .
Mungkin hari ini aku gembira dan bahagia bersama kau , tapi siapa yang tahu mungkin itu kebahagian ku yang terkahir .
Mungkin malam ini ku dapat melihat betapa indahnya bulan dan bintang , siapa tahu mungkin ku tidak lagi tidak berpeluang lagi melihat betapa indahnya terik matahari .
Mungkin malan ini aku dapat menghirup udara yang segar , siapa tahu mungkin malam ini adalah hirupan ku yang terakhir .
Mungkin hari ini hari terkahir aku , siapa tahu tiada lagi aku di dunia ini bila fajar mula menyinsing dengan ligatnya .

Peluang tidak mungkin akan datang dua kali , dan tidak akan sentiasa hadir di dalam hidup ini .
Mungkin dulu aku pernah melakukan kesilapan dalam kehidupan ini , dan dalam hubungan kita , tetapi aku sudah berjanji dengan diri ku sendiri .
Akan ku lakukan yang terbaik untuk kehidupan ku mahupun untuk hubungan kita .
Mungkin kau pernah menjadi kenangan tetapi kau juga akan menjadi rancangan di masa hadapan ku .
Semenjak kau datang dalam kehidupan ku ini , kau adalah kekuatan bagi aku .
Terima kasih kerana hadir dan membawa sinar yang baru untuk hidup ini .
13 Ogos 2012 tarikh yang tidak akan pernah ku lupa InsyaAllah ke akhir hayat ku .



Yang Benar ,
Masturina Atiqah

No comments:

Post a Comment