Monday, August 18, 2014

Aku Redha

Assalamualaikum w.b.t :)

Hello readers and hello stalker .

Well , today 180814 genap lah si Nabil 4 bulan . Alhamdulillah Mohamad Nabil membesar dengan sihatnya semakin membulat si Nabil saya ye . Membesar dengan elok ye sayang . Semoga menjadi anak yang soleh . Mummy love you sweet little candy .

Ya Allah terima kasih kau kurniakan aku seorang sahabt yang baik . Mungkin terlampau banyak yang dah terjadi antara kita , tapi terima kasih kerana masih bersama disisi aku walau hanya sebagai sahabat . Semoga persahabatan kita sampai ke nafas ku yang terakhir jika Allah mengizinkan .

Sungguhpun berat ujian yang kau berikan aku , tapi adilnya bagi Mu kerana mengurniakan aku sahabat yang supportive kepada aku . Mungkin ini adalah takdir hidupku . Kesilapan lalu itu akan aku jadikan pedoman .

Sesungguhnya hati ini sangat merindukan dirinya setelah sekian lama , kau pertemukan kami . Terima kasih Ya Allah . Dengan izin Mu semua ini terjadi . Semoga Kau memberi kebahagian kepadanya Ya Allah . Biarpun hati ini masih menyayangi tapi jika tiada jodoh apakan daya . Aku tidak akan meminta lebih daripada mu , cuma kau berikanlah aku dan Mohamad Nabil kehidupan yang elok .

Kau terus berdiam diri , dan aku akan ikut berdiam diri . Cukup sudah diri ini merayu dan memujuk . Biarkan dia dengan ego dan rakan-rakannya . Aku dah tak mampu untuk berbuat apa-apa lagi untuk membetulkan semua ini . Jika ini yang sudah tertulis di buku rancangan Mu . Aku Redha walaupun hati ini sakit dan menangis . Aku redha :')

No comments:

Post a Comment